Reddishyunie Tsunade
theme
Reddishyunie Tsunade
Bakal guru biology, Bakal Isteri, Bakal ibu, Bakal Jenazah,Bakal Ahli Kubur.. Kita mampu merancang tapi Allah yang menententukan (^^,)V #Puteri Zulaikha #21 #UM #Salam Ukhwah Fillah :)
"

Untuk kalian yang ingin berhijrah dan baru berhijrah!

PEREMPUAN : Orang kata yang bertutup (menutup aurat) tu lagi bernilai, lagi bermaruah tapi diri saya ini asalnya bukan yang bertutup. Pernah terdedah suatu ketika dahulu…cuma kini Allah Taala bukakan hati ini untuk saya bertutup. Tetap tiada nilaikah saya walaupun dah bertutup sebab dahulunya pernah terdedah?

LELAKI : (Senyum) Umpama gula-gula yang saya buka…terjatuh! Tersalut debu habuk dan kotoran. Saya kutip. Saya cuci. Kemudian saya letakkan gula itu ke dalam bekas yang cantik, lalu saya tutup penutup bekasnya. Tidakkah keadaan gula-gula itu jadi lebih baik dari awalnya tadi?

PEREMPUAN : Allahuakbar. Masih bernilaikah saya dengan usaha saya kini menjaga maruah? Bertutup selepas terdedah?

LELAKI : Yang tertutup selepas terdedah itu lebih baik. Awak tahu kenapa?

PEREMPAUN : Kenapa pula lebih baik sedangkan ia pernah dilihat rupa dalamnya?

LELAKI : Kalau yang pernah terdedah itu diketahui kekotoran, lalu dicuci, dicuci lagi, lagi dan lagi, maka ia akan berulang kali dicuci supaya bersih. Tetapi yang tersedia tertutup itu kadang-kala rasa dirinya dah cukup tertutup dan tidak merasakan dikotori langsung, maka merasakan dirinya cukup hebat dan tidak tersedar akan kekotoran yang tersembunyi.

LELAKI : Tidaklah kafir itu meminta untuk lahir sebagai kafir dan tidak pula muslim itu meminta untuk lahir sebagai muslim. Kehendak Allah Taala jualah segalanya berlaku. DAN setiapnya yang berlaku adalah punyai kebaikan untuk setiapnya.

- Allahuakbar. Betapa manisnya aturan-Mu Ya Allah :’)

"
- (via kakpijah)
" Orang yang kuat tidak menghindar dan lari dari rasa sakitnya. Orang yang kuat adalah mereka yang memeluk erat rasa sakitnya, meluruhkannya lewat tangis, dan menaklukkannya dengan senyum keikhlasan :) "
- (via aulia-rachma)

(Source: halamanrahasia)